Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Insiden itu berlaku ketika Perancis dan beberapa negara Eropah lain berdepan peningkatan laporan ancaman bom serta ugutan palsu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amaran ancaman bom di stesen kereta api Califraten utara Perancis pada pagi Kamis menyebabkan gangguan sementara terhadap perkhidmatan tren domestik
00:10dan antarabangsa.
00:11Ini termasuk perjalanan berkelajuan tinggi menghubungkan London dan Paris yang dihentikan sementara bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan tindakan keselamatan susulan
00:20ancaman tersebut.
00:23Perkhidmatan kereta api kembali beroperasi tidak lama selepas itu apabila pihak gendarmeri Perancis memberikan kebenaran untuk menyambung semula perjalanan tren.
00:33Sementara itu, pengendali perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antarabangsa Eros Star memaklumkan beberapa perkhidmatan yang menghubungkan London dan Paris turut
00:42terjejas akibat gangguan itu.
00:44Kejadian berkenaan menyebabkan kelewatan terhadap perjalanan tren dari dan menuju London memandangkan laluan perkhidmatan tersebut melalui stesen Califriton.
00:54Stesen Califriton merupakan antara lokasi penting dalam rangkaian pengangkutan ril antarabangsa yang menghubungkan Perancis dengan United Kingdom menerusi perkhidmatan Eros
01:04Star.
01:05Insiden itu berlaku ketika Perancis dan beberapa negara Eropa lain berdepan peningkatan laporan ancaman bom serta ugutan palsu sejak beberapa
01:14bulan kebelakangan ini.
01:16Ancaman seumpama itu dilaporkan menyasarkan pelbagai lokasi dan kemudahan awam termasuk lapangan terbang, sekolah serta organisasi media.
01:24Situasi berkenaan mencetuskan kebimbangan terhadap aspek keselamatan awam khususnya apabila ancaman diterima di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Recommended