Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Setiap aduan turut disalurkan kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang berkaitan mengikut portfolio masing-masing, termasuk isu pendidikan, pertanian dan kebajikan masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Kerajaan Melaka berjaya menyelesaikan hampir 75% aduan yang diterima daripada rakyat
00:07menerusi pendekatan pentadbiran merakyat hasil gerak kerja berterusan sejak menerima mandat.
00:14Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Raof Yusof berkata, pendekatan itu dilaksanakan
00:19menerusi gerakan turun padang ke semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri Dun
00:24bagi mengenalpasti dan menangani keperluan masyarakat secara lebih menyeluruh.
00:33Beliau berkata pendekatan berkenaan turut mengambil kira demografi negeri itu
00:37sekaligus membolehkan perancangan lebih bersasar dilaksanakan.
00:41Jadi kita ini menyempurnakan tanggungjawab mengikut amanah yang diberi kepada portfolio jawatan itu.
00:49Jadi saya dapat menyelesaikan daripada 4,000 aduan sepanjang tempoh wakil rakyat untuk rakyat ini
00:54hampir 75% telah diselesaikan dengan jaya saja.
01:00Kemudian kita pula menyelesuri lagi hal-hal tentang rakyat ini
01:04kita buka kepada program hebat iaitu hari ESCO bertemu rakyat setiap 45 hari.
01:12Tak, tak, tak, tak payah. Setiap 45 hari kita buka pejabat seri negeri
01:16untuk rakyat datang menyelesuri masalah daripada wakil rakyat untuk rakyat itu
01:20mana lagi yang tak selesai.
01:21Maka kita selesaikan keseluruhan permasalahan ini
01:26dengan satu sistem pentadbiran, merakyatkan pentadbiran.
01:31Tambahnya setiap aduan turut disalurkan kepada EXCO yang berkaitan
01:35mengikut portfolio masing-masing
01:37termasuk isu pendidikan, pertanian dan kebajikan masyarakat.
01:42Katanya lagi pendekatan turun padang itu diteruskan
01:45menerusi program Ketua Menteri Sayang Rakyat
01:48dengan beliau sendiri menaiki motosikal mengunjungi kampung
01:52bagi meneliti masalah yang memerlukan perhatian secara langsung.

Recommended