00:00Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, JBALB, diarah menyegerakan langkah menangani gangguan bekalan air di Lawas, Sarawak, termasuk menyelaras penghantaran air
00:11menggunakan tujuh pusat hikmat bagi mengurangkan kesulitan penduduk dan sektor perniagaan.
00:17Timbalan Premier Sarawak, Dato' Ahmad Awang Tengah Ali Hassan berkata, beliau kecewa kerana masalah bekalan air masih berlarutan walaupun arahan
00:24penyelesaian telah diberikan ketika lawatan ke kawasan pengambilan air dua bulan lalu.
00:31Tegasnya keadaan ini menjejaskan kebajikan dan kehidupan rakyat dengan itu ia harus segera diselesaikan.
00:39Beliau berkata demikian ketika meninjau perkembangan usaha menangani masalah bekalan air di Lawas.
00:44Menurutnya, JBALB perlu menyusun penghantaran bekalan air melalui tujuh pusat hikmat yang tersedia dengan memberi keutamaan kepada kawasan bandar dan
00:55lokasi penting yang terjejas.
00:57Dan bagi penyelesaian jangka panjang, projek peningkatan kapasiti bekalan air sebanyak 50 juta liter sehari telah diluluskan merangkumi pembinaan pengambilan
01:07air baru dan loji rawatan air di kawasan Sungai Pengalih.
01:11Bertindak selepas mendapat maklum balas itu, JBALB Sarawak sedang mempergiat langkah mitigasi dengan meningkatkan penghantaran air menggunakan lori tangki
01:22serta melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan di kawasan Muka Saut Logi Rawatan Air Terusan.
01:30Menurut kenyataan media JBLB Sarawak pada ahad, gangguan bekalan air di kawasan berkenaan berpunca daripada penggumpulan pasir dan mendapan tanah
01:40di stesen muka sauk susulan perubahan aliran sungai akibat tebing sungai yang pecah.