00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata kemungkinan berlakunya konflik ketenteraan baharu dengan Iran adalah rendah buat masa ini
00:08selagi rundingan antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan positif.
00:12Dalam satu temu wall bersama CNN, beliau berkata tidakkan ketenteraan tidak lagi perlu dilakukan.
00:18Susulan operasi yang dilaksanakan Amerika Syarikat sebelum ini.
00:24Trump bagaimanapun berkata sebarang usaha mengelakkan peningkatan ketegangan bergantung kepada kesediaan Iran menerima syarat perjanjian yang sedang dirundingkan.
00:34Beliau turut mendakwa konflik dengan Iran menjadi antara faktor yang menyumbang kepada prestasi kurang membangsangkan parti Republikan dalam pilihan raya
00:43pertengahan penggal yang berlangsung minggu lalu.
00:45Trump juga mendakwa tekanan ekonomi yang dihadapi Iran akan mendorong negara itu menerima penyelesaian yang dicadangkan dalam rundingan berkenaan.
00:55Sementara itu, Menteri Luar Iran Abbas Arachi berkata rundingan damai ditangguhkan sementara bagi menilai implikasi politik sesulan keputusan pilihan raya
01:04di Amerika.
01:06Menurut beliau, pihaknya sedang memantau perkembangan semasa sebelum menentukan langkah seterusnya dalam proses rundingan.
01:13Dalam perkembangan berkaitan, pasaran tenaga global menyaksikan harga minyak mentah merosot sehingga 16% minggu lalu,
01:22sesulan keyakinan pelabur terhadap kemungkinan pengurangan ketegangan di rantau itu.