00:00Seorang kru warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas helikopter dinaikinya terhempas ke dalam sungai Barito di wilayah Kalimantan Selatan pada
00:09Ahad telah ditemukan meninggal dunia.
00:11Pemangku Ketua Pusat Data Maklumat dan Komunikasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Nasional BNPB Berton SP Panjaitan mengenal pasti mangsa sebagai
00:23Yayan Supiansuri yang bertugas sebagai pegawai pendaratan helikopter.
00:31Katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat Jenamas di Kabupaten Barito Selatan Kalimantan
00:40Tengah sebelum dibawa ke Banjar Baru di Kalimantan Selatan.
00:46Mangsa bersama dua individu lain menaiki helikopter Super Puma yang disewa daripada syarikat swasta ketika pesawat itu terhempas berhampiran kampung
00:55Tabatan di Kabupaten Bariton, Kuala, Kalimantan Selatan, awal ahad semasa menjalankan operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah dari udara.
01:05Dua mangsa yang terselamat warga Australia Michael John Batarish dan warga New Zealand Hugh Andrew John Page telah menerima rawatan
01:13di Hospital Tentera Udara Indonesia.
01:17Berton berkata, BNPB akan membantu siasatan rasmi bagi mengenal pasti punca nahas serta menilai semula aspek keselamatan operasi pemadaman kebakaran
01:27dari udara,
01:28termasuk kesiapsagaan pesawat, prosedur pengambilan air, tahap kesihatan kru dan keadaan cuaca.
01:36Agensi itu memaklumkan operasi pemadaman kebakaran diteruskan dengan memberi lebih tumpuan kepada operasi darat serta penilaian lebih ketat sebelum pesawat
01:45dikerahkan.