Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menurut Megat Zuhairy, malware XCPE sukar dikenal pasti pengguna kerana peranti yang dijangkiti masih boleh berfungsi seperti biasa walaupun malware aktif di sebalik operasi sistem.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, malware XCPE yang dikesan dalam peranti Android TV Box mempunyai tahap ancaman serius apabila perisian hasad itu sudah tertanam
00:10pada peringkat perisian tegak atau firmware sejak proses pembuatan di kilang sebelum peranti digunakan oleh pengguna.
00:16Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Cyber Negara, Megat Zuhairi Megat Tajuddin berkata, ancaman itu berbeza daripada malware konvensional yang memerlukan tindakan
00:25pengguna seperti membuat turun aplikasi atau menekan pautan tertentu untuk menjangkiti peranti.
00:33Menurut Beliau, malware XCPE mempunyai keistimewaan access system atau system level privileges serta mekanisme kecekalan atau persistence yang membolehkan perisian
00:43hasad itu memasang semula dirinya daripada bahagian sistem yang dilindungi.
00:48Ini menyebabkan malware XCPE sukar dibuang daripada peranti melalui kaedah biasa seperti menyah pasang aplikasi atau factory reset.
00:55Jelas Megat Zuhairi peranti yang telah dijangkiti berpotensi dijadikan sebahagian daripada rangkaian portnet.
01:02Ini sekaligus membolehkan penjenayah cyber menggunakannya sebagai proksi kediaman untuk menyembunyikan trafik aktiviti jenayah cyber.
01:10Antaranya mencuri maklumat pribadi dan kelayakan akses seperti nama pengguna dan kata laluan atau melaksanakan arahan dari jauh melalui infrastruktur
01:18command and control.
01:19Peranti tersebut juga berpotensi menjadi titik permulaan untuk mengenalpasti dan mengeksploitasi kelemahan peranti lain dalam rangkaian rumah pengguna.
01:28Tambah beliau, malware XCPE sukar dikenalpasti pengguna kerana peranti yang dijangkiti masih boleh berfungsi seperti biasa walaupun malware aktif di
01:36sebalik operasi sistem.
01:38Pengguna dinasihatkan untuk memilih peranti daripada sumber dan pengeluar dipercayai yang menerapkan prinsip security by design.

Recommended