Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Persidangan yang berlangsung dari 9 hingga 20 November itu menghimpunkan pemimpin dunia, menteri, perunding, saintis dan wakil masyarakat sivil bagi membincangkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, penyesuaian terhadap perubahan iklim serta pembiayaan iklim.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB COP31 bermula pada Isnin di Bandar Antalya, Turki yang terletak di persisai
00:09Mediterranean.
00:10Persidangan berlangsung dari 9 hingga 20 November itu menghimpunkan pemimpin dunia, Menteri, Perunding, Saintis dan Wakil Masyarakat Sivil
00:18bagi membincangkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau, penyesuaian terhadap perubahan iklim serta pembiayaan iklim.
00:28Ia berlangsung ketika kerajaan di seluruh dunia berdepan tekanan semakin meningkat untuk menerjemahkan komitmen iklim kepada tindakan konkret
00:37serta memperkukuh sokongan kepada negara yang terdedah kepada kesan perubahan iklim.
00:43Turki memegang jawatan presiden persidangan itu manakala Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga Australia Chris Bowen akan mengetuai rundingan.
00:53Sidang kemuncak pemimpin dunia pula di jadual berlangsung pada 11 hingga 12 November.
00:59Bertemakan Kop of the Future, Kop of Implementation, sidang kemuncak itu bertujuan menerjemahkan komitmen iklim kepada hasil yang boleh diukur.
01:08Agenda tindakan yang digariskan pihak penganjur memberi keutamaan kepada pealihan kepada tenaga bersih dan elektrifikasi,
01:17sifar sisa dan pengurangan pelepasan metana, pembangunan bandar berdaya tahan iklim, perindustrian hijau, keselamatan makanan serta pelindungan lautan dan pelairan.
01:28Keutamaan lain termasuk belia dan pendidikan, sistem kesihatan berdaya tahan serta kerjasama dalam isu perubahan iklim, biodiversiti dan kemerasotan tanah.
01:41Antara sasaran yang dicadangkan menjelang 2035 ialah meningkatkan bahagian tenaga elektrik dalam penggunaan tenaga ahil global kepada 35%,
01:51mengurangkan intensiti penggunaan tenaga dalam bangunan sekurang-kurangnya 25%,
01:56serta meningkatkan kadar penggunaan bahan kitar semula global kepada sekurang-kurangnya 15%.
02:02Sindang kemuncak itu berlangsung selepas setahun dunia dilanda banjir besar, gelombang haba yang meragut nyawa dan kemarah berpanjangan,
02:11sekaligus meningkatkan besakan supaya pengurangan pelepasan gas rumah hijau dipercepat serta sokongan kewangan dipertingkatkan.

Recommended