Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kontroversi persembahan penyanyi antarabangsa, The Weeknd, di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini mendorong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjalankan penelitian berhubung dakwaan wujudnya elemen yang bercanggah dengan akidah Islam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim, sedang meneliti dawaan wujudnya elemen yang bertentangan dengan akidat Islam dalam persembahan penyanyi antarabangsa The
00:08Weekend di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.
00:12Siasatan itu sesulang kontroversi membabitkan beberapa elemen persembahan sepanjang konsert berlangsung pada 4 dan 5 November lalu.
00:23Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halewal Agama, Dr. Zulkifli Hassan menerusi perkongsian di laman Facebooknya pada Isnyan berkata,
00:30bahagian penyelidikan Jakim kini mendapatkan maklumat lanjut daripada urus setia jawatan kuasa Agensi Pusat Permohonan, Penggambaran Film dan Persembahan Artis
00:40Luar Negara atau PUSPAL.
00:41Menurutnya penelitian itu penting bagi memastikan kesahihan dawaan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.
00:47Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang serta fakta yang telah disahkan,
00:54khususnya bagi memastikan penganjuran persembahan tidak menyentuh sensitiviti agama, budaya dan ketenteraan awam.
01:02Zulkifli berkata Islam melarang sebarang bentuk pemujaan selain Allah SWT dan semua pihak perlu memastikan elemen seni serta hiburan tidak
01:10mencetuskan kekeliruan terhadap pegangan akidah dan nilai akhlak masyarakat.
01:15Dakwaan itu telah dibangkitkan PAS yang mempersoalkan penggunaan patung emas bersaiz besar serta elemen persembahan yang didakwa menyerupai ritual pemujaan.

Recommended