Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Gelombang pertama banjir melanda Kelantan dijangka tidak besar dan setakat ini tiada kenaikan paras sungai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Gelomba pertama banjir yang diramalkan bermula dari 8 hingga 11 November ini tidak begitu besar.
00:06Pengarah Jabatan Bomber daripada Dilamat Kelantan, Farhan Sufian Burhan berkata,
00:10setakat hari ini tiada lagi laporan berlaku kenaikan paras air sungai,
00:13walaupun hujan sederhana lebat berterusan sejak ahad.
00:19Kita, kejangkaan kita pada, ini bagi saya ramalan 8 hari bulan hingga 11 hari bulan merupakan episod yang pertama.
00:26episod yang pertama mungkin berlakunya kenaikan air tetapi dengan keadaan cuaca yang kita pantau daripada masa ke semasa,
00:35kebarangkala untuk berlakunya banjir adalah rendah untuk yang episod pertama inilah.
00:40Dan walaubagaimanapun kesiap-siagaan, bukan sahaja kami tetapi penduduk-penduduk sekitar,
00:44kena sentiasa berwaspada nak memastikan, dalam memastikan sekiranya berlaku kenaikan air yang mendadak,
00:50seperti yang kita maklumkan sebelum ini, pindah ke tempat yang lebih selamat dahulu sebelum tindakan
00:55daripada tindakan agensi-agensi tidak balas bertindak.
00:59Beliau berkata pemantauan yang dilaksanakan di empat lembangan sungai utama,
01:04Sungai Golok, Sungai Kelantan, Sungai Semerak dan Sungai Kemasin,
01:08mendapati bacaan di paras normal.
01:10Menurutnya lagi, selain sungai, pihaknya turut menjalankan pemantauan di Cerun dan laluan antaranya
01:15di Jalan Lojing Gua Musang dan Jeli Gua Musang yang sering terdedah kepada runtuhan tanah.
01:21Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mempunyai 45 bot penyelamat,
01:2536 kenderaan pacuan 4 roda dan 10 lori.
01:30Kelantan biasanya mengalami beberapa gelombang banjir.
01:33Gelombang kedua dijangka berlaku pada akhir November.
01:37Monsun Timur Laut bermula Oktober sehingga Mac tahun depan
01:40menyaksikan beberapa gelombang banjir melanda Kelantan.
01:46Lima jajahan di Kelantan dan tujuh daerah di Terengganu diramal hujan berterusan tahap buruk.
01:53Jabatan Meteorologi Malaysia, MAD Malaysia mengeluarkan amaran itu dijangka sehingga Rabu.
01:59Nyataan itu berkata amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan membabitkan lima daerah
02:03iaitu di Bacu, Kota Baru, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Putih.
02:08Di Terengganu, amaran sama meliputi Besut, Setiu, Dungun, Kemaman Marang, Kuala Terengganu
02:14dan juga di Kuala Nerus.
02:16Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan
02:19bagi beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah dalam tempoh yang sama.
02:27Di Kelantan, masih kawasan terbabit ialah kawasan Tanah Merah, Macang, Kuala Kerai dan Jeli
02:33manakala di Terengganu membabitkan Hulu, Terengganu.
02:35Di Pahang pula, amaran meliputi Kuantan, Pekan, Rompin dan juga di Jerantut.
02:41Bagi kawasan Sabah, kawasan yang terjejas termasuk Kudat serta beberapa kawasan di Sandakan
02:47iaitu di Paitan, Terlupit, Sugut, Sandakan dan juga Kinabatangan.
02:52Amaran perkenaan dikeluarkan pada 8.30 pagi Isnin.

Recommended