Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan Bank Rakyat kekal selamat meskipun berlaku gangguan akses terhadap laman web korporat bank berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan bank rakyat kekal selamat meskipun berlaku gangguan akses terhadap laman web korporat bank
00:09berkenaan.
00:10Bank rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan yang berlaku hanya melibatkan laman web korporat dan berpunca daripada isu teknikal pada
00:19sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
00:22Menurutnya, sistem dan operasi perbankan bank rakyat dijamin kekal beroperasi seperti biasa, manakala data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan
00:32tidak terjejas.
00:34Sebelum ini, media melaporkan laman web korporat bank rakyat tidak dapat diakses buat sementara waktu.
00:39Sesudahan itu, bank berkenaan menerusi pemakluman kepada pelanggannya, menasihatkan pengguna supaya menggunakan saluran alternatif yang disediakan bagi mendapatkan perkhidmatan perbankan
00:50digital sepanjang tempoh tersebut.

Recommended