Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Malaysia dan Türkiye menyasarkan peningkatan nilai perdagangan dua hala kepada 10 bilion dolar Amerika Syarikat menjelang 2030, berbanding 5.6 bilion dolar Amerika Syarikat yang direkodkan tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia dan Turki menyasarkan peningkatan nilai perdagangan dua hala kepada $10 bilion Amerika menjelang 2030 berbanding $5.6 bilion yang
00:10direkodkan tahun lalu.
00:12Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata, sasaran itu perlu diterjemahkan melalui kerjasama yang lebih konkret, termasuk dalam
00:21bidang pertahanan, teknologi, TVET dan industri halal.
00:27Menurutnya, sasaran itu boleh dipacu menerusi peluasan kerjasama dalam bidang pelaburan dan industri selain membuka lebih banyak ruang kepada pemindahan
00:35teknologi serta kepakaran.
00:37Ahmad Zaid berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istanbul pada Khamis.
00:44Pertemuan itu juga menjadi platform memperkukuh pelaksanaan High Level Strategic Cooperation Council atau HLSCC yang menjadi mekanism penyelarasan keutamaan kedua
00:55-dua negara di bawah status perkongsian strategik komprehensif.
00:59Dalam pada itu, Malaysia turut mahu menggunakan peranan sebagai negara penyelaras hubungan ASEAN-Turki bagi memperluas kerjasama kedua-dua pihak.
01:06Fokusnya termasuk perdagangan, teknologi dan pembangunan modal insan.

Recommended