Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Tumpuan masih terarah ke kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, dengan wartawan Asyraf Malik melaporkan situasi terkini dan persiapan anggota keselamatan di lokasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tumpuan ketika ini masih terarah ke kediaman Dato' Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta Kuala Lumpur.
00:06Bagaimana situasi terkini di lokasi dan apakah persiapan oleh agota keselamatan yang dapat dilihat setakat ini?
00:14Wartawan Ashraf Malik ada di lokasi. Mungkin boleh kongsikan perkembangan. Silakan Ashraf.
00:22Baik, terima kasih fakas tugas pihak Nadia di Pusat Penyalian Asia Bukit Jalil.
00:27Jadi ketika ini sudah kita katakan memasuki hari kedua tumpuan terarah ke kediaman bekas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak
00:38iaitu di Nambu 11 Jalan Langgak Duta Kuala Lumpur.
00:42Jadi berdasarkan tinjauan awal saya di sini, saya dapat lihat keceriaan anggota polis untuk membuat sekatan
00:51kerana semalam saya juga turut berkampung di sini untuk membuat liputan dan semalam
00:57seperti yang saya dah maklum, bekas Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak
01:01sudah menunaskan denda RM50 Juta.
01:04Jadi secara automatiknya beliau sudah boleh dipindahkan dari penjara kajang
01:10untuk ke kediaman beliau bagi menjalani tahanan rumah.
01:16Namun semalam apabila kaya tiba, kawalannya sangat ketat sekali jika saya boleh kongsikan
01:21ada pita kuning di laluan utama di depan sana.
01:25Polis hanya membenarkan mereka yang mempunyai kebenaran untuk keluar masuk.
01:29Tapi hari ini saya lihat tiada anggota keselamatan seperti polis
01:34ataupun kendaraan daripada unit penjara yang berada di kawasan kediaman Dato' Seri Najib Razak ini.
01:41sebenarnya pada semalam Jumaat kami sebenarnya pengamal media
01:45daripada tempatan juga antarabangsa kami sebenarnya tidak dibenarkan
01:48untuk memasuki ke laluan di hadapan kediaman Dato' Seri Najib ini.
01:54Kami hanya dibenarkan di laluan utama, di jalan utama di depan sana
01:59hanya sampai situ sahaja pergerakan kami yang dihakkan oleh anggota polis
02:04yang sentiasa mengawal lalu lintas dan sebenarnya itu juga
02:09kedengaran siren yang tidak putus-putus semalam.
02:13Namun pada waktu dan jam ini saya boleh katakan keadaannya agak tenang di sini.
02:17Tiada saya boleh dengar kata siren ataupun lalu-lalang kendaraan polis.
02:23Mungkin daripada saya dapat perhatikan ada sekali lah mungkin
02:27kendaraan polis yang datang itu pun hanya untuk membuat kita panggil rutin
02:31check-up lah di kediaman Dato' Seri Najib ini.
02:34Mereka hanya datang menulis logbook sedikit dan mereka kemudian terus beredar pergi.
02:38Jadi itu yang saya dapat perhatikan lah di kawasan ini pada waktu dan jam ini.
02:44Tiada pergerakan ataupun keluar masuk kendaraan ke dalam kediaman Dato' Seri Najib Razak.
02:50Dan juga pengamal media sebenarnya sudah berkampung juga sejak tengah hari tadi di sini.
02:54Namun keadaan cuaca agak kurang mengizinkan.
02:57Sementara tadi ada hujan lebat dan juga diikuti dengan guruh dan juga kilat yang sabung-menyabung.
03:04Sekarang sudah sedikit berada.
03:05Jadi pengamal media sebahagian besar sudah beredar pergi.
03:08Hanya segelintir saja yang masih kekal di sini.
03:11Itu pun saya lihat mereka sudah sedikit sebanyak mula mengemas barang mereka.
03:15Namun mereka mungkin juga akan beredar dalam masa terdekat ini.
03:19Dan juga berdasarkan cakap-cakap di rakan-rakan media di penjara kajang juga.
03:22Mereka katakan tidak ada pergerakan di sana juga yang saya dapat kongsikan.
03:27Dan adakah bagaimana perkembangan proses tahanan rumah ini?
03:32Mungkin kita nak melihat Jabatan Pengurangan Negara AGC mahukan perjelasan undang-undang daripada mahkamah.
03:39Dan kita seperti kita sudah maklum esok adalah cuti umum iaitu sambutan di Pahvali sehingga ke Isnin.
03:46Jadi kita tidak pasti lagi adakah bilakah perjelasan undang-undang oleh AGC ini dapat kita perolehi.
03:53Mungkin adakah pada selasa apabila cuti umum itu berakhir.
03:57Itu sama-sama kita nantikan.
03:59Pianlah dia.
04:04Baik, terima kasih Ashraf Malik atas perincian tersebut.
04:06Sudah tentu laporan tentang perkembangan berkaitan akan dikongsikan oleh Ashraf.
04:10di astroawani dan juga astroawani.com

Recommended