Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
KDN, terutama Jabatan Penjara melaksanakan apa sahaja keputusan membabitkan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak berlandaskan perundangan sedia ada.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN terutama Jabatan Penjara melaksanakan apa sahaja keputusan membabitkan tahanan rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
00:08Razak, berlandaskan perundangan sedia ada.
00:13Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail menjelaskan, Kementerian sebelum ini merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara susulan
00:22terdapat perbezaan tafsiran undang-undang antara Perintah Perlepasan atau Order of Discharge yang dikeluarkan pendaftar mahkamah dengan pelaksanaan pengampun bersyarat.
00:33Jadi apa yang kita buat adalah kita merujuk untuk mendapat pandangan Peguam Negara supaya ada clarity dari segi pelaksanaannya.
00:40Jadi kami tertakluk kepada nasihat perundangan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang kerajaan.
00:48Jadi di peringkat kami, kami telah melakukan semua perkara untuk melaksanakan apa juga keputusan baik di peringkat lembaga pengampunan ataupun
00:59di peringkat arahan mahkamah.
01:01Jadi seperti yang kita sedia maklum, ada satu pandangan undang-undang diberikan oleh Peguam Negara, kemudian ada respon balas daripada
01:08Peguam Datuk Seri Najib.
01:10Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Semarak Kebudayaan Polis Diraja Malaysia di Kompleks Sukan Kulim Hightech Park pada
01:18Sabtu.
Comments

Recommended