Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Tinjauan Astro AWANI mendapati laluan masuk ke kediaman berkenaan juga tidak lagi dihalang dengan pita keselamatan berwarna kuning seperti yang kelihatan pada Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suasana dihadapan kediaman bekas Perdana Menteri Dato' S. Najib Razak di Jalan Langgak Duta pada Sabtu Lengang tanpa kelibat anggota
00:08keselamatan seperti polis maupun kenderaan unit penjara.
00:12Tinjauan Esro Awani mendapati laluan masuk ke kediaman berkenaan juga tidak lagi dihalang dengan pita keselamatan berwarna kuning seperti yang
00:22kelihatan pada Jumaat.
00:23Keadaan berbeza berbanding semalam apabila kawasan sekitar kediaman itu dikawal ketat dengan hanya kenderaan serta individu yang mempunyai kebenaran boleh
00:33keluar masuk.
00:34Ia sebagai persediaan menerima kepulangan Najib yang selesai membayar denda RM50 juta bagi kes penyelewengan dana SRC Internasional pada Jumaat
00:43sekaligus membolehkan hukuman tahanan rumah dilaksanakan sehingga 23 Ogos 2028.
00:50Namun, perlaksanaan tahanan rumah itu ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara AGC bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah pengampunan
01:00bersyarat.
01:01Dalam hal itu, pengamal media tempatan antarabangsa dilihat masih berkampung di sekitar kawasan kediaman Najib bagi mengetahui perkembangan terkini membabkan
01:09bekas ahli Parlimen Pekan tersebut.

Recommended