Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Golongan berpendapatan rendah, sederhana terima manfaat BUDI95 lebih besar, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan tangkis dakwaan T20 lebib banyak guna bahan api.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 menikmati manfaat lebih besar daripada pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95, Budi 95, berbanding
00:11golongan berpendapatan tinggi T20, menurut Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
00:20Beliau berkata dapatan itu berdasarkan data penggunaan semasa yang menunjukkan corak pembelian petrol bersubsidi mengikut kumpulan pendapatan, sekaligus membolehkan kerajaan
00:31menilai agihan manfaat inisiatif perkenaan.
00:34Katanya dapatan itu berbeza daripada tanggapan umum bahawa golongan T20 menggunakan lebih banyak bahan api berbanding B40 dan M40 khususnya
00:44disebabkan pemilikkan kenderaan lebih besar daripada kapasiti enjin lebih tinggi.
00:49Beliau berkata jarak perjalanan harian juga merupakan antara faktor mempengaruhi penggunaan petrol termasuk bagi golongan berpendapatan rendah yang tinggal jauh
01:00dari tempat kerja.
01:01Ketika ini katanya kerajaan sedang memperhalusi angka daripada data berkenaan dan dijangka memberikan penerangan lanjut dalam tempoh dua bulan.
01:11Katanya penjelasan itu penting bagi memperbetul persepsi masyarakat berhubung corak penggunaan serta pengagihan manfaat inisiatif Budi 95 mengikut kumpulan pendapatan.
01:2316 juta rakyat Malaysia mula menikmati manfaat inisiatif Budi 95 yang dilaksanakan pada 30 September lepas.
01:31Terima kasih telah menonton!
01:35Terima kasih kerana menonton!

Recommended