Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peranan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam mendidik anak-anak supaya menguasai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum.

Beliau berkata pada masa sama, anak-anak perlu dibentuk menjadi insan berakhlak, bersahsiah dan mempunyai keperibadian yang baik.

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian ini punya kedudukan yang agak istimewa.
00:04Dalam kementerian kita tak bicarakan tentang peluang pekerjaan atau pelaburan yang tinggi
00:10ataupun teknologi maklumat atau AI dan digitalization.
00:14Semua itu penting.
00:15Tetapi yang kita tekankan ialah pembangunan insan, pembangunan manusiawi.
00:23Bagaimana bentuk masyarakat masa akan datang itu dibentuk oleh keluarga.
00:28sebab itu kita rasa terkesan sekali
00:36bila kita dengar sampai anak-anak dibiarkan begitu rupa
00:42sama ada belajar atau tidak, terdidik segi akhlak atau tidak.
00:48Apa yang nak bangga sangat dengan pembangunan negara ini
00:51dan pencapaian dengan mercutanda dan bangunan pencakar langit
00:58kalau manusia di dalamnya itu tidak dididik sebagai manusia yang beradab dan berakhlak.
01:04Sebab itu dalam dasar kita, belanjawan kita sebut
01:10menggapai di langit, mengakar di bumi.
01:13maknanya untuk maju, anak-anak kita mesti dilatih sebagai lebih pintar.
01:19Lebih pintar berarti menguasai teknologi baru.
01:25AI, digital, kuantum komputing itu tajuk-tajuk yang kita tak pernah dengar sebelumnya
01:31tapi mesti dikuasai kemudian negara pun harus macu, dipacu
01:37dengan pelbagai hub baru.
01:41Dua hari yang lalu kita di pelaburan Kelang
01:44logistik hub yang paling canggih.
01:47Sebelum itu saya sebut tadi Google
01:49dengan segala kemudahan yang kelengkapan dia
01:52dengan pelaburan 61 bilion ringgit
01:55ini untuk menggapai di langit
01:58supaya anak-anak kita dilatih.
02:01tetapi jangan lupa
02:02dalam pendidikan
02:05dan pembangunan
02:07kita sebut menggapai di langit
02:09mengakar di bumi.
02:11Mengakar di bumi
02:13kerana kita manusia.
02:16Manusia itu
02:17fi'ahsani takwim
02:19dijadikan dalam bentuk yang seindah
02:21kejadian.
02:23Itu karamah insaniah
02:25diangkat martabat dan darjatnya.
02:28Tapi dengan apa?
02:30Dengan iman.
02:31dengan akhlak.
02:32Dengan syasiyah
02:33atau keperbadian yang baik.

Recommended