00:00Jumlah kutipan dana menerusi Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan UMNO pada 18 September lalu bagi membantu bekas Perdana Menteri
00:08Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mencapai sasaran.
00:11Setusah Agung UMNO, Datuk Ashraf Wajdidusuki berkata parti itu juga sudah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala
00:19Lumpur pada pagi Jumaat.
00:23Menurutnya, UMNO kini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Berkenaan memandangkan tiada lagi keperluan untuk meneruskan kutipan sumbangan orang ramai.
00:31Dalam pagi itu, Ashraf merakamkan perhargaan kepada seluruh ahli UMNO dan orang ramai yang tidak putus-putus memberikan sumbangan sejak
00:39Tabung Berkenaan diwujudkan.
00:41Beliau turut menzahirkan kesyukuran atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang menyumbang kepada Tabung Berkenaan.
00:47Tabung Berkenaan diwujudkan bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melunaskan denda
00:55mahkamah berjumlah RM50 juta.
00:58Pembayaran denda tersebut adalah sebahagian daripada syarat bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23
01:07Ogos 2028, susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan.
01:12Bekas Perdana Menteri itu juga dikatakan akan kembali ke kediamannya di Jalan Langgat Duta Petang Jumaat bagi menjalani baki hukuman.