Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
"Saya tidak fikir agama boleh dipermainkan seperti itu," kata Perdana Menteri menjawab kenyataan Abdul Hadi yang menyifatkan CSA sebagai 'perjanjian dajjal'.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyamakan perjanjian keyakinan dan perbekalan CSA
00:09dengan Dajjal sebagai tidak wajar.
00:12Perdana Menteri berkata penggunaan istilah sedemikian untuk menghukum individu, kumpulan atau sesuatu pendirian tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi apabila perkara
00:22itu membabitkan agama.
00:25PAS Tan Sri Hadi itu orang alim, sepatutnya kenyataan dia itu lebih terkawal.
00:33Mereka cuba jawab dia bukan tuju kepada saya, tak apa tapi untuk hukum orang atau kumpulan atau pendirian Dajjal.
00:41Jadi macam mana sekarang bila dia berbuat, tak Dajjal. Bila orang buat, jadi Dajjal.
00:48Ini masalah dia, saya tidak fikir agama boleh dipermainkan seperti ini.
00:55Mengulas lanjut, Anwar berkata kenyataan Ahli Parlimen Marang itu juga menimbulkan persoalan memandangkan cadangan awal berkaitan memorandum persepahaman itu
01:04dikemukakan oleh Perikatan Nasional PN yang turut dianggota IPAS.
01:09Ujar Perdana Menteri cadangan berkenaan dikemukakan PN bersama beberapa pemimpin ketika itu termasuk Datuk Seri Takiuddin Hassan dan Datuk Seri
01:17Hamzah Zainuddin.
01:19Tegas Anwar, draft sama turut digunakan untuk dibawa ke peringkat rundingan.
01:24Pada 3 November lalu, Abdul Hadi dilaporkan menyifatkan pementerian CSA sebagai satu pendekatan Dajjal kerana dianggap mengkhianati amanah.
01:32Kerajaan pada minggu lalu mementerai CSA dengan enam Ahli Parlimen Mewakili Bersatu dan Ahli Parlimen Muar Said Sadiq Said Abdul
01:40Rahman
01:41daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda serta enam Ahli Parlimen Bebas.
01:47Terima kasih kerana menonton!

Recommended