00:00Sementara itu, jawatan kuasa pengurusan bencana negeri JPBN Sarawak akan mengadakan taklimat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR berhubung keadaan cuaca
00:08dan risiko monsoon timur laut bagi memastikan persiapan pilihan raya negeri Sarawak ke-13 mengambil kira faktor keselamatan serta akses
00:17logistik.
00:18Ugah yang juga pengurusi JPBN Sarawak berkata penyelarasan itu akan dilaksanakan selepas SPR menetapkan tarikh penting pilihan raya termasuk penamaan
00:28calon dan hari pengundian yang dijadual Jumaat ini.
01:00Ketika PRU ke-15 pada November 2022, pengundian di sebelas pusat mengundi di Parlimen Baram terpaksa digantung susulan keadaan cuaca
01:08tidak mengizinkan petugas pilihan raya dan pengundi mengakses lokasi berkenaan melalui jalan darat, air mahupun udara.
01:17Dalam pilihan raya yang sama, banjir turut menjejaskan beberapa pusat mengundi lain di Sarawak termasuk SK Longbemang yang tetap meneruskan
01:25proses pengundian.