00:00Kerajaan sedang menjalankan kajian bagi mewujudkan garis panduan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan badal haji termasuk meneliti keboleh laksanaan perkhidmatan yang ditawarkan
00:10syarikat dan individu.
00:12Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Marhamah Rosli berkata, kajian itu bertujuan memperkukuh mekanisme semakan awal bagi
00:20memastikan perkhidmatan ditawarkan kepada bakal jemaah haji tidak mengelirukan atau menjurus kepada penipuan.
00:28Kerajaan melalui Jabatan Wakaf Zakat dan Haji Jauhar sedang melaksanakan kajian untuk mewujudkan garis panduan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan badal haji
00:39termasuk meneliti aspek keboleh laksanaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat maupun individu
00:46sebagaimana yang dikutuskan oleh jawatan kuasa muzakarah Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia MKI.
00:54Hasil kajian ini, satu garis panduan akan dibentangkan kepada MKI sebelum dijadikan rujukan kepada masyarakat.
01:02Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Kerai Abdul Latif Abdul Rahman mengenai mekanisme kerajaan untuk membuat semakan awal terhadap identiti
01:11pengiklan,
01:12status syarikat, lisin, akaun penerima bayaran serta kesahihan dakwaan pelaksanaan badal haji sebelum iklan tersebut terus dipromosikan kepada orang ramai.
01:23Pada masa sama, Marhamah berkata kerajaan akan terus memperkiat penerangan kesedaran dan hebahan menerusi tazkirah di masjid dan surau,
01:31kempen media sosial serta siri jelajah ke seluruh negara.
01:35Selain itu, masyarakat turut dinasihatkan supaya menyimak latar belakang penyedia perkhidmatan, kesahihan tawaran serta maklumat penerima bayaran
01:43sebelum melakukan sebarang transaksi.
01:45Sebarang aduan berkaitan penawaran perkhidmatan yang mengelirukan atau mempunyai unsur penipuan boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa berkaitan.
01:53untuk tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkut kuasa.