00:00Cukai jualan negeri Sabah sebanyak 7.5% ke atas minyak sawit mentah serta kos pengangkutan yang lebih tinggi menjadi
00:08punca utama harga buah tandan segar atau BTS sawit di Sabah kekal lebih rendah berbanding di semenanjung Malaysia.
00:16Timbalan Menteri Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Si berkata keadaan itu berlaku walaupun Sabah mencatatkan kadar perahan minyak
00:24atau OER yang tinggi iaitu antara 22 hingga 25%.
00:30Menurut beliau cukai jualan dan kos logistik merupakan faktor yang memberi kesan langsung kepada harga belian BTS di peringkat pekebun.
00:38Katanya faktor tersebut berada di luar kawalan langsung mekanisme penetapan harga pasaran.
00:43Bagi meningkatkan ketelusan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB melaksanakan formula harga rujukan BTS yang menjadi penanda aras harga harian berdasarkan
00:53kadar perahan minyak.
00:54Maklumat itu boleh diakses melalui portal dan aplikasi rasmi MPOB bagi membolehkan pekebun membuat perbandingan harga dengan lebih telus.
01:04MPOB juga mewajibkan pengusaha kilang dan peniaga buah sawit untuk memaparkan harga belian BTS harian di premis masing-masing.
01:13Penguatkuasaan turut diperkukuh melalui pemantauan sistem timbangan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
01:21PEMBICARA 1
01:21PEMBICARA 2
01:21PEMBICARA 2
01:21Terima kasih kerana menonton!