Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan badal haji pada harga terlalu rendah kerana ia menimbulkan persoalan mengenai kesahihan dan kebolehlaksanaan perkhidmatan berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan badal haji pada harga terlalu rendah kerana ia menimbulkan persoalan mengenai kesahihan
00:09dan keboleh laksanaan perkhidmatan berkenaan.
00:13Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Marhamah Rosli berkata, pelaksanaan badal haji bukan sahaja tertakluk kepada syarat
00:21dan peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi, malah memabitkan kos yang tinggi.
00:30Jelaskan bahawa Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menetapkan dasar La Haja Bila Tasrih yang bermaksud tiada haji tanpa
00:40permit dengan menetapkan peraturan yang ketat bagi pelaksanaan ibadah haji termasuk keperluan memiliki visa dan permit haji yang sah.
00:48Selaras dengan ketatapan tersebut, lembaga tamu haji telah melancarkan kempen tiada haji termasuk bagi individu yang ingin melaksanakan badal haji
00:59bagi pihak orang lain.
01:00Ketatapan ini perlu diberikan perhatian serius kerana pelaksanaan badal haji bukan sahaja tertakluk kepada syarat dan peraturan Kerajaan Arab Saudi,
01:09malah melibatkan kos yang tinggi.
01:10Justru, penawaran perkhidmatan badal haji pada harga yang terlalu rendah menimbulkan persoalan mengenai kesahihan dan keboleh laksanaan perkhidmatan tersebut sekaligus
01:22meningkatkan risiko masyarakat menjadi mangsa penipuan.

Recommended