Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Johor Corporation atau JCorp dan firma ekuiti swasta, CVC Capital Partners dilaporkan sedang mencari pembeli bagi perniagaan KFC dan Pizza Hut yang dianggarkan bernilai sekitar empat bilion ringgit.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Johor Corporation dan firma ekuiti swasta CVC Capital Partners dilaporkan sedang mencari pembeli bagi perniagaan KFC dan Pizza Hut yang
00:09dianggarkan bernilai sekitar RM4 bilion.
00:12Menurut laporan DH, kedua-dua pemegang saham menyasarkan pelabur asing, khususnya dari Timur Tengah, bagi mengambil alih perniagaan berkenaan.
00:23Langkah itu dilihat sejajar dengan cabaran yang dihadapi industri makanan dan minuman termasuk persaingan sengit serta peningkatan kos operasi.
00:32Menurut laporan yang memetik sumber, Bank Pelaburan Antarabangsa, Citi, dilantik untuk mengendalikan proses pencarian pembeli.
00:39Bagaimanapun, urus niaga itu masih belum dimutamatkan meskipun terdapat pihak yang menunjuk minat.
00:44Malah sekurang-kurangnya seorang pembeli berpotensi dilaporkan menarik diri kerana menganggap harga yang diminta terlalu tinggi.
00:52KFC dan Pizza Hut dimiliki menerusi QSR Brands yang mengendalikan lebih 800 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja,
01:02serta lebih 500 restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura.
01:06Sebelum ini, QSR Brands turut terkesan akibat boykot pengguna berkaitan konflik Israel-Palestine serta peningkatan kos operasi.
01:14Namun, syarikat itu kembali mencatatkan keuntungan pada tahun kewangan 2025 dengan hasil meningkat 19% kepada RM3.85 bilion
01:24selepas melaksanakan langkah peningkatan kecekapan operasi dan pengurusan kos.
01:29selamat menikmati.
01:30Terima kasih.
01:30Terima kasih.

Recommended