00:00Berikutnya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM, sudah diminta untuk menambah stop ikan rakyat sebagai persediaan menghadapi Super Al Nino yang
00:10akan menjejaskan aktiviti penangkapan ikan terutama nelayan pantai.
00:14Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhammad Sabu berkata, sumber yang akan disejuk beku itu akan diedarkan ke pasaran
00:23sebaik sahaja stop perkurangan.
00:25Katanya langkah ini antara persediaan untuk memastikan bekalan ikan mencukupi.
01:00Cuaca panas melampau dengan suhu dijangka mencecah sehingga 40 darjah Celsius, berpotensi menyebabkan ikan bergerak lebih jauh ke tengah laut,
01:08sekaligus menyukarkan nelayan pantai untuk mendapatkan hasil tangkapan.
01:12Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan skim takaful tanaman padi dan ramah mesra bersama pesawah negeri Kelantan
01:19di Bendang Beluka, di Pasir Mas.
01:22Muhammad memberitahu keadaan itu boleh memberi kesan kepada nelayan yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dalam lingkungan 5km dari pesisir pantai.
01:30Nelayan pantai dan pengusaha akuakultur dijangka berdepan tekanan sekiranya suhu meningkat sehingga melebihi 40 darjah Celsius.
01:37Kesan daripada fenomena El Nino.