00:00Memang kita tak nafikan negara-negara di rantau ini
00:05ataupun yang tidak berjauhan daripada kita
00:09telah pun mengusahakan peningkatan perbelanjaan pertahanan mereka
00:13dan tentunya dalam keadaan peningkatan itu
00:18tapi sebelum itu saya telah nyatakan bahawa kita
00:23menghormati tindakan setiap negara dan kita tidak mencampuri soal-soal begitu.
00:28Kita tidak boleh halang bagi mana-mana negara
00:31jika mereka ingin meningkatkan perbelanjaan untuk pertahanan negara mereka.
00:36Tetapi seperti kita sedia baklum
00:38apa yang kita khawatir ialah kemungkinannya berlaku
00:42salah faham yang boleh menyebabkan perselisihan
00:47dan juga pertembungan antara negara yang akan
00:52tidak dapat dinafikan menjejaskan kita dan juga rantau kita.
00:57Dan bila itu berlaku memang tak boleh nak elak
01:00semuanya akan terjejas.
01:01Itu kita tak nafikan.
01:03Ianya memang akan terjejas.
01:06Soalnya ialah bagi kita dalam memerhatikan kepada perkembangan itu
01:11kita juga mengambil tindakan-tindakan dan langkah-langkah
01:14yang sesuai dan dalam kemampuan kita.
01:19Memang ada negara mengesyorkan kepada kita
01:21supaya naikkan perbelanjaan pertahanan kepada 5%.
01:245% daripada GNP.
01:27Tujuannya ialah supaya
01:29negara kuasa besar itu mahukan
01:31bila ada pertembungan, konflik, perperangan
01:33kita ke depan.
01:35Tapi kita ingin nyatakan bahawa kita bukan
01:37bernikah mana-mana kuasa besar.
01:39Kita bebas, kita berkecuali.
01:41Kita belanja dan salurkan peruntukan itu
01:46mengikut kemampuan kita.
01:48Apatah lagi doktrin pertahanan kita
01:50ialah untuk mempertahankan negara
01:52bukan untuk menyerang negara.
01:54Jadi kalau kita lihat
01:55sebahagian negara itu mungkin dia beli
01:58peluru berpandu
01:59jaraknya 2,000 km, 3,000 km
02:02kita tidak perlukan itu
02:03kerana kita bukan nak serang negara lain.
02:06Kita hanya untuk mempertahan.
02:08Doktrin pertahanan kita ialah
02:09untuk mempertahankan negara kita.
02:12Dan kita juga lakukan melalui
02:16credible deterrent dan sebagainya.
02:18Jadi asalkan daripada itu
02:20saya tak nafikan
02:21banyak negara sekeliling kita
02:23meningkatkan peruntukan pertahanannya
02:26bagi maksud mereka tertentu.
02:28Tetapi bagi kita
02:29kita ambil segala tindakan
02:31untuk pastikan
02:32negara kita terus berdaulat
02:35negara kita terus bebas
02:37negara kita terus stabil
02:40dengan pendekatan-pendekatan
02:42dan jawapan yang saya telah buat
02:43di peringkat awal
02:45sebentar tadi.
02:55terima kasih.