Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Los Angeles County merekodkan lebih 1.9 juta undi setakat tengah hari hari pengundian. Pegawai pilihan raya menegaskan keputusan yang diumumkan pada malam pilihan raya hanya bersifat awal dan belum muktamad.
Transcript
00:00Lebih 1.9 juta undi telah direkodkan di Los Angeles setakat jam 1.15 tengah hari waktu tempatan perselasa,
00:10bersamaan kira-kira 32% daripada keseluruhan pengundi berdaftar.
00:14Pegawai Pendaftar Perekod dan Kerani Daerah Los Angeles, Dean Logan berkata,
00:19jumlah itu merangkumi 1.5 juta undi pos yang telah dikembalikan
00:24serta lebih 387,000 pengundi yang menaikkan tanggungjawab secara bersemuka di pusat pengundian.
00:31Menurutnya, peratusan itu sudah mengatasi kadar keluar mengundi sebanyak 28%
00:35yang direkodkan pada pilihan raya umum 2022.
00:39Beliau menjangkakan jumlah penyertaan akan terus meningkat
00:42memandangkan pusat pengundian masih beroperasi dan lebih banyak undi pos dijangka diterima.
00:48Dalam hal itu, Logan mengalu-alukan kehadiran Wakil Jabatan Kehakiman AS DOJ
00:53yang memantau proses pengundian namun menegaskan mereka tidak boleh
00:57mengganggu akses pengundi ke pusat pengundian atau proses membuang undi.
01:02Beliau turut maklumkan pihak berkuasa pilihan raya telah menyediakan pelan kontingensi
01:06bagi menghadapi sebarang kemungkinan campur tangan Kerajaan Persekutuan.
01:10Keputusan awal pilihan raya dijangka mula diumumkan sekitar jam 8.30 malam
01:15waktu tempatan selepas pusat pengundian ditutup pada jam 8 malam.
01:19Bagaimanapun, Logan mengingatkan keputusan pada malam pilihan raya
01:23hanyalah keputusan awal dan bukan keputusan muktaman
01:26memandangkan proses pengiraan undi akan diteruskan
01:30sehingga semua kertas undi diterima dan diproses.
01:33selamat menikmati.
01:34selamat menikmati.

Recommended