Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Seorang warga India maut selepas dua helikopter milik syarikat penerbangan swasta bertembung di udara ketika beroperasi di kawasan Gunung Everest, Nepal, pada Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang warga India maut manakala seorang warga New Zealand cedera selepas dua helikopter bertembung di udara berhampiran kawasan kamp pangkalan
00:09Gunung Everest, Nepal pada selasa.
00:11Mangsa yang maut berusia 47 tahun sementara pelancong New Zealand berusia 53 tahun.
00:18Mangsa warga New Zealand itu mengalami kecederaan dan dikejarkan menggunakan helikopter ke Kathmandu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
00:26Sementara pelancong warga India disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:31Ketua Pegawai Daerah Sulukumbu Kaman Singh Tampamagar berkata kedua-dua helikopter terbabit dikendalikan syarikat penerbangan swasta Fishtel Air dan Dynasty
00:42Air.
00:43Kedua-dua juruterbang dilaporkan terselamat dalam kejadian yang berlaku pada ketinggian kira-kira 4,200 meter dari paras laut.
00:51Sementara itu, seorang pegawai Dynasty Air berkata helikopter kendalian syarikat itu hanya membawa muatan kago ketika kejadian.
01:00Rakaman menunjukkan keadaan di lokasi selepas pertembungan kedua-dua helikopter berkenaan.
01:06Insiden berlaku ketika Nepal sedang memasuki musim puncak aktiviti pendakian yang menyaksikan perkhidmatan helikopter digunakan secara meluas untuk membawa pendaki
01:16dan pelancong ke kawasan pergunungan itu.

Recommended