Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Sebanyak 48 organisasi masyarakat sivil mengesyorkan lapan reformasi utama dimasukkan dalam satu perjanjian merentas parti antara kerajaan dan pembangkang bagi memastikan agenda pembaharuan institusi dapat diselesaikan dalam baki penggal Parlimen ke-15.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menggesa perjanjian itu melibatkan kesemua 218 Ahli Parlimen yang kini mengisi kerusi Dewan Rakyat bagi memperkukuh demokrasi berparlimen serta mengelakkan reformasi penting tergendala akibat ketidaktentuan politik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 48 organisasi masyarakat sivil mengesyorkan 8 reformasi utama dimasukkan dalam satu perjanjian merentas parti antara kerajaan dan pembangkang
00:10bagi memastikan agenda pembaharuan institusi dapat diselesaikan dalam baki penggal parlimen ke-15
00:16Menerusi satu kenyataan bersama pada selasa, mereka menggesa perjanjian itu melibatkan kesemua 218 ahli parlimen
00:24yang kini mengisi kerusi Dewa Rakyat bagi memperkukuh demokrasi berparlimen serta mengelakkan reformasi penting tergendala akibat ketidaktentuan politik
00:378 reformasi yang dicadangkan adalah menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun
00:44memisahkan peranan peguam negara dan pendawaraya serta menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan Akta Ombudsman
00:52Cadangan lain merangkumi penggubalan Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan yang saksama
00:57Akta Pendanaan Politik berserta dana awam kepada parti politik
01:02serta meletakkan suruhan jaya pilihan raya sebagai badan bertanggungjawab kepada parlimen dan bukannya Perdana Menteri
01:10Selain itu, notis tiga bulan bagi pembubaran parlimen jika tiada persetujuan untuk membolehkan parlimen ke-15 berkhidmat sehingga tamat tempohnya
01:19pada 18 Disember 2027
01:22Mereka turut menegaskan peruntukan pembangunan kawasan perlu disalurkan secara adil kepada semua ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri
01:30tanpa dijadikan syarat untuk mendapatkan sokongan kepada kerajaan
01:35sumbongan itu, organisasi berkenaan menggesa Perdana Menteri mengadakan rundingan secara langsung dengan kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional
01:44bagi merealisasikan perjanjian merentas parti yang merangkumi kesemua lapan reformasi
01:50Kenyataan bersama itu diterajui Projek Kestabilan dan Accountability untuk Malaysia atau Projek Sama
01:57Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
02:00Pusat Membantras Rasuah dan Krononisma C4 Center
02:04Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi atau Ideas
02:07Pertubuhan Ikram Malaysia
02:09serta Rasuah Basta dengan sokongan 42 organisasi masyarakat sivil lain
02:15Terima kasih telah menonton!

Recommended