00:00Kalau suka kaya yang lemak, krimi dan ada rasa karamel yang wangi, resepi ini memang kena cuba.
00:05Mula-mula, pukul 3 biji telur bersama setengah cawan gula sampai gula larut dan adunan sedikit kembang.
00:11Kemudian ketepikan.
00:13Lepas tu, dalam mangkuk lain pula, bancohkan 1 cawan santan pekat, setengah cawan air, 2 sudu besar tepung jagung dan
00:19sedikit garam.
00:20Kacau sampai sebati.
00:22Masak 1 cawan gula dalam periuk dengan api sederhana sampai cair dan bertukar perang keemasan.
00:28Kemudian, masukkan setengah cawan air panas dengan berhati-hati.
00:31Kecilkan api dan kacau sampai karamel larut cantik.
00:34Masa ni, bolehlah masukkan daun pandan supaya aroma lebih wangi.
00:38Lepas tu, masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dan kacau laju-laju sampai adunan jadi pekat.
00:44Kemudian, masukkan pula bancohan santan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
00:49Masak guna api perlahan sambil kacau tanpa henti.
00:52Part ni kena sabar sikit tau supaya kaya jadi halus, tak berketol dan tak hangit.
00:56Bila teksturnya dah pekat, kental dan berkilat, tutup api dan biarkan sejuk.
01:02Ok, dah siap.
01:03Seri kaya karamel homemade, rasa lemak santan, manis karamel dan teksturnya yang creamy.
01:08Memang ngam sangat makan dengan roti.
01:10Buat sebekas, confirm cepat habis.
01:13Selamat mencuba.
01:14Ingat makan, ingat rasa.
01:15Terima kasih kerana mencuba.