00:00Cadangan untuk memastikan Petronas terus menjadi penajak utama MotoGP bagi tahun-tahun akan datang akan dibincangkan dengan Presiden dan Ketua
00:07Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
00:10Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, perkara itu susulan pertemuannya dengan pengarah eksekutif MotoGP Carmelo Azbaleta
00:18yang berharap Petronas akan meneruskan penglibatan dalam kejohanan pelombaan motosikal berprestij dunia itu.
00:27Jelas Ahmad Zahid susulan pertemuan itu beliau telah menawarkan kepada Petronas untuk terus menjadi penganjur kepada MotoGP.
00:33Katanya Azbaleta memberitahu bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir untuk Petronas menjadi penganjur tetapi di negara lain syarikat minyak nasional
00:41mereka atau syarikat tempatan menjadi penaja.
00:43Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi sembang santai MotoGP Anjuran Azek Hatch Club di Bangi yang menghimpunkan lebih
00:533,000 peminat sukan pemotoran.
00:55Ahmad Zahid berkata walaupun kos penanjaan berkenaan mungkin tinggi beberapa pendekatan alternatif boleh dipertimbangkan bagi memastikan Petronas terus menjadi penganjur
01:04utama dan penaja MotoGP pada tahun-tahun akan datang.
01:08Terima kasih.