Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Keputusan itu dibuat ketika ECB berdepan risiko inflasi susulan kejutan harga minyak akibat konflik yang melibatkan Iran, manakala lonjakan kadar hasil bon kerajaan khususnya di Perancis terus memberi tekanan kepada pertumbuhan ekonomi Eropah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Bank Pusat Eropah ECB, Christine Legard, mengumumkan perletakan jawatannya pada Khamis.
00:06Langkah itu menamatkan spekulasi yang berlarutan sejak beberapa bulan mengenai masa depan beliau ketika Eropah berdepan cabaran ekonomi yang semakin
00:15kompleks.
00:17Legard akan berundur daripada jawatannya pada 7 Februari 2027 bagi memberi masa kepada pemimpin Kesatuan Eropah EU melantik penggantinya sebelum
00:26bermulanya pilihan raya Presiden Perancis.
00:28Keputusan itu dibuat ketika ECB berdepan risiko invasi susulan kejutan harga minyak akibat konflik yang melibatkan Iran,
00:36manakala lonjakan kadar hasil bon kerajaan khususnya di Perancis terus memberi tekanan kepada pertumbuhan ekonomi Eropah.
00:43Sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu berkata,
00:48perletakan jawatan tersebut memberi ruang kepada beliau untuk terlibat secara lebih aktif dalam hal ehwal politik di Perancis serta di
00:56peringkat antarabangsa.
00:57Sebagai Presiden ECB, Legard sebelum ini terikat dengan prinsip berkecuali bagi memastikan kebebasan institusi kewangan berkenaan terus terpelihara.
01:07Presiden Majlis Eropah Antonio Costa berkata proses pemilihan pengganti Legard akan dimulakan dengan segera,
01:14selaras dengan prosedur pelantikan kepimpinan Kesatuan Eropah.
01:17Bekas Governor Bank Pusat Belanda, Klas Nord dan bekas Governor Bank Spanyol, Pablo Hernandez de Cos,
01:24kini dilihat sebagai antara calon utama untuk mengisi kekosongan tersebut.
01:28Tempoh perkhidmatan Legard sepatutnya berakhir pada penghujung Oktober 2027.
01:33Pada masa sama, pelbagai pihak turut mengaitkan beliau dengan kemungkinan menyandang peranan baharu di Forum Ekonomi Sedunia, WEF.
01:41Terima kasih.

Recommended