Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perdana Menteri menegaskan perbezaan pandangan antara kementerian merupakan sebahagian daripada proses penyelarasan dasar, dengan semua keputusan dibuat berasaskan kepentingan rakyat, pembangunan negara dan kemampuan kewangan kerajaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perbezaan pandangan atau pendekatan antara kementerian tidak semestinya mencerminkan perpecahan dalam kerajaan.
00:08Sebaliknya, Anwar berkata keadaan itu merupakan sebahagian daripada proses perbincangan dan pertimbangan dasar yang mengambil kira tanggungjawab, bidang kuasa serta
00:17keutamaan masing-masing dan memastikan agenda kerajaan madani dapat dilaksanakan dengan berkesan.
00:24Beliau berkata kerajaan sentiasa memastikan penyelarasan antara kementerian dilaksanakan secara teratung bagi menjamin keselarasan dasar, mengelakkan pertindihan fungsi dan memastikan
00:33setiap keputusan dibuat berdasarkan kepentingan rakyat, keutamaan pembangunan negara serta kemampuan kewangan kerajaan.
00:39Tegasnya lagi bagi memastikan tahap urus yang berkesan, setiap dasar dan keputusan kerajaan hendaklah melalui proses pertimbangan serta penyelarasan yang
00:47sewajarnya.
00:47Anwar berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal parlimen bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Sri Hamzah Zainuddin
00:54mengenai tindakan keputusan kewangan dan kepentingan kemajuan desa dan wilayah yang mengeluarkan pendirian bercanggah secara terbuka berhubung beberapa isu baru
01:01-baru ini.
01:02Perdana Menteri memberikan jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama antara kementerian, meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar serta memantau pencapaian setiap
01:11inisiatif bagi memastikan keputusan yang dibuat diterjemahkan kepada hasil yang nyata, mampan dan memberikan manfaat kepada rakyat.
01:17Pada masa sama, Perdana Menteri berkata prestasi ekonomi negara terus dipantau secara berterusan berdasarkan data dan indikator ekonomi semasa bagi
01:25menilai keberkesanan dasar yang dilaksanakan, disamping memastikan daya tahan ekonomi negara terus diperkukuh dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Recommended