00:00Wakil kanan daripada 10 syarikat dikaitkan dengan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu berikram memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mengenai bencana
00:09tersebut selepas dipanggil menghadiri pertemuan dengan tiga menteri kanan Singapura pada Rabu.
00:15Pertemuan bertujuan menjelaskan tuntutan Republik itu serta rancangan untuk memperketat undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran jerebu.
00:26Pertemuan itu dihadiri timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong, Menteri Kanan K. Shan Mugem dan Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar
00:33Grace Fu.
00:34Antara syarikat yang hadir ialah Bumi Tama Agri, First Resources, Golden Agri Resources, Indo Food Agri Resources, Kencana Agri, TSH
00:46Resources, Wilma International dan Sinamas Group.
00:49Shan Mugem berkata syarikat terbabit perlu menjalani penilaian bebas terhadap operasi, hubungan korporat dan rantaian bekalan mereka bagi menentukan sama
00:58ada mereka mempunyai kaitan dengan kebakaran yang menyebabkan jerebu di Singapura.
01:02Menurutnya, kerajaan Singapura akan menggunakan segala saluran perundangan untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab.
01:09Kata Shan Mugem lagi, kerajaan akan mengumumkan senarai pakar yang akan terlibat dalam proses penilaian terhadap syarikat yang terbabit.