00:00Seorang lelaki warga Mas Maut manakala seorang lagi cedera dalam kemelangan membabitkan dua motosikal di kilometer 167 Jalan Jerangau, Jabur,
00:09Kemaman pada Khamis.
00:11Mangsa Khalid Jasa, 69 tahun, seorang petani dari kampung Sungai Pergam, Hulu, Jabur, mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal
00:21dunia di tempat kejadian.
00:24Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.40 pagi ketika mangsa dalam
00:32perjalanan dari rumahnya menuju ke Jabur.
00:35Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang Khalid keluar dari simpang dan membelok ke kanan untuk memasuki jalan utama.
00:43Motosikal ditunggang seorang lagi mangsa, Muhammad Hamzah Abdullah, 19 tahun, yang datang dari arah bertentangan, dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki
00:52laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan motosikal Khalid.
00:56Muhammad Hamzah yang bekerja sebagai kelindan lori mengalami kecederaan di kepala, tangan kiri dan kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital
01:04Kemaman untuk rawatan.
01:06Kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.