00:00Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 pada peringkat dasar menerusi undian suara majoriti.
00:09Kelulusan itu menyaksikan sesi penggulungan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dengan isu peruntukan Jalan Dua Bandar
00:17KKDW dan KWSP antara banyak perkara utama yang dibangkitkan.
00:25Keputusan kelulusan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 itu diumumkan yang di Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari
00:34Abdul sebelum usul dipersetujukan untuk dirujuk ke peringkat jawatan kuasa.
00:39Terdahulu, sesi penggulungan bagi Kementerian Kewangan itu menyentuh pelbagai isu penting rakyat dengan tata kelola peruntukan projek Jalan Luar Bandar
00:48KKDW dan pengeluaran KWSP antara perkara yang mencuri tumpuan Ahli Parlimen.
00:55Mengenai KKDW, Amir Hamzah menegaskan Kementerian Kewangan tidak membatalkan projek Jalan Luar Bandar sebaliknya hanya meminta penangguhan pengeluaran surat setuju
01:04terima baru akibat komitmen belanja yang melebihi peruntukan asal.
01:09Jelas beliau komitmen berlebihan sejak tahun 2023 itu mengakibatkan tunggakan bayaran kepada kontraktor mencecah 1.0 bilion ringgit sebelum MOF
01:19meluluskan tambahan peruntukan 500 juta ringgit bagi memastikan kelangsungan projek dan hak kontraktor terbela.
01:26Dewan turut hangat apabila Datuk Seri Syahidan Qasim PN Araw mencelah menuntut penjelasan mengenai KWSP yang mana Amir Hamzah menegaskan
01:35mandat utama KWSP kekal untuk simpanan hari tua dan bukannya dana kecemasan harian.
01:41Selain dua isu berkenaan, Dewan turut membahaskan kebajikan rakyat menerusi peruntukan RM16 bilion ringgit bagi skim STR dan SARA termasuk
01:51pemberian kredit tunai Saramadhani kepada 13 juta individu bukan penerima STR dua kali setahun bermula 2027.
01:59Amir Hamzah menjelaskan bantuan tunai tersebut merupakan suntikan sementara bagi meringankan beban kos hari hidup sementara kerajaan menumpukan penyelesaian jangka
02:08panjang melalui pengstrukturan asas ekonomi negara.