Skip to playerSkip to main content
Kerajaan melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia 2030 bagi menangani masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus membantu mengurangkan kadar penyakit tidak berjangkit dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:01Pertama, YB Maran telah membangkitkan isu obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia dan ini adalah amat bersesuaian dengan apa yang dibawa
00:09oleh Kementerian Belia dan Sukan.
00:11Pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan telah pun meluncurkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 pada Hari Belia Negara
00:20yang lepas yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
00:22Yang mana Pelan Tindakan Pembangunan ini, setiap apa yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini mestilah merentasi kementerian-kementerian
00:30yang lain.
00:31Dan untuk menangani obesiti ini juga, kita memerlukan pendekatan secara menyeluruh bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya kita memastikan bahawa
00:42apa juga yang dilaksanakan oleh KBS ini dapat juga menurunkan kadar penyakit dalam negara kita.
00:50Dan bagi membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menganjurkan pelbagai program termasuk
00:59juga Hari Belia Negara, Hari Sukan Negara walaupun pada tahun ini agak sedikit terganggu dengan masalah jerebu namun tetap dilaksanakan
01:07di peringkat negeri dan sebagainya.
01:09Malaysia Active at Community dan KBS Biggest Loser. Yang mana KBS Biggest Loser ini telah pun melibatkan seramai 4,175
01:18peserta manakala Malaysia Active telah melibatkan lebih daripada 30,000 penyertaan di seluruh negara.
01:25Inisiatif ini juga telah pun diperluaskan tidak hanya di Kementerian Belia dan Sukan tetapi juga di Kementerian-Kementerian yang lain,
01:32jabatan-jabatan, agensi dan sebagainya.
01:34Dan mungkin selepas ini kita bawa program ini di Parlimen Malaysia supaya ahli-ahli Parlimen kita juga dapat mengurangkan berat
01:41badan dan juga dapat mengurangkan obesiti dalam kalangan kita.
01:46Dan dari aspek pendidikan dan kesedaran mengenai gaya hidup sihat, Kementerian Belia dan Sukan telah pun melaksanakan seminar kecergasan eksekutif
01:54bagi meningkatkan pengetahuan tentang kecergasan dan pemakanan sihat.
01:59Dan kita juga melihat ada peningkatan dari tahun ke tahun berkenaan dengan penglibatan orang ramai terhadap seminar ini dan juga
02:08usaha ini turut disokong dengan adanya Indeks Budaya Sukan Malaysia.
02:12Tahun ke tahun ada peningkatan Indeks Budaya Sukan Malaysia walaupun Indeks tersebut masih lagi dalam golongan pertengahan ataupun belum mencapai
02:23tahap yang sangat memuaskan.
02:25Tetapi dengan adanya kerjasama yang baik antara semua kita yakin bahawa kita mampu untuk melaksanakan program-program seperti ini untuk
02:32memastikan masyarakat kita bukan sahaja kekal aktif, kekal sihat dan yang paling penting budaya sukan dalam masyarakat kita.

Recommended