Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Upacara bertafakur diadakan di beberapa bandar Sepanyol bagi memperingati 68 mangsa nahas kereta api. Tragedi itu turut mencetuskan protes yang menuntut pertanggungjawaban kerajaan dan pihak berkaitan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, beberapa Dewan Bandar Raya di seluruh Sepanyol, termasuk Madrid dan Seville, mengadakan upacara bertafakur selama seminit pada Rabu untuk
00:09memperingati 68 mangsa yang terkorban dalam nahas kereta api berkelajuan tinggi yang turut mengakibatkan puluhan lagi cedera.
00:17Pemimpin parti rakyat Sepanyol, Presiden wilayah Madrid dan juga Datuk Bandar Madrid menyertai upacara itu di depan Dewan Bandar Raya
00:25Madrid.
00:29Bagaimanapun, puluhan penunjuk perasaan turut berhimpun bagi mendesak kerajaan meletakkan jawatan.
00:34Antara lain, mereka membawa sepanduk anti-rasuah dan menolak Menteri Pengangkutan Oscar Puente.
00:39Menurut pihak berkuasa tempatan, naas berkenaan merupakan kemalangan maut kedua dalam tempoh kurang setahun di laluan yang menghubungkan Madrid dengan
00:45wilayah Andalusia di selatan negara itu.
00:48Menteri Pengangkutan Sepanyol Oscar Puente mengesahkan sebuah kereta api kendalian Renfer melanggar kereta api Erio yang tidak bergerak pada kelajuan
00:55tinggi menyebabkan beberapa gerabak daripada kedua-dua tren tergelincir daripada landasan.
01:00Juri cakap wilayah Castilla-La Mancha Aster Padilla berkata, semasa kejadian, seramai 147 penumpang berada di dalam kereta api Erio,
01:09manakala 397 lagi menaiki kereta api Renfer.

Recommended