00:02MCA akan diberi ruang untuk bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri bagi memastikan representasi masyarakat Cina terus dipelihara.
00:11Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia selaras komitmen berterusan Barisan Nasional BN untuk terus menyantuni semua kaum dan
00:19kumpulan masyarakat di Melaka pada pilihan raya negeri PRN akan datang.
00:23Menurut Timbalan Perdana Menteri, persetujuan MCA untuk menerima kerusi yang diperuntukkan dicapai selepas mesyuarat kepimpinan tertinggi parti itu.
00:35Sebagai mana yang telah diumumkan oleh Presiden MCA bahawa MCA akan tetap bertanding di dua Dewan Undangan Negeri
00:50dan insyaAllah dari segi representasi di Dewan Undangan Negeri itu akan kita berikan peluang untuk mereka mewakili masyarakat Cina.
01:06Menurut beliau, keputusan berkenaan memperlihatkan kesepakatan dalam kalangan parti komponen BN bagi menghadapi PRN Melaka.
01:14Ujarnya, BM yakin kepelbagaian kaum di Melaka perlu terus dicerminkan menerusi keseimbangan representasi dalam kepimpinan dan landscape politik negeri.
01:27Kita memberikan keyakinan kepada para pengundi bahawa Barisan Nasional tetap menyantuni pelbagai kaum dan kumpulan masyarakat.
01:45dan kerana kita yakin kemajumukan di Melaka khususnya ini adalah penting untuk memperlihatkan keseimbangan representasi mereka di peringkat kepimpinan negeri
02:01dan juga di peringkat politik negeri Melaka.
02:05InsyaAllah.
02:05Ahmad Zahid bercakap kepada media selepas Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 2-2026.
02:14Projek-projek peserta Felkra Berhad di air keruh pada Kamis.
02:19BN akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRN Melaka ke-16 yang dijadualkan berlangsung pada 14 November ini.
02:27Bagi PRN Melaka kali ini, PN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala 7 kerusi baki diperuntukkan kepada
02:36PAS dan rakan kerjasamanya.