Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Lawrence Wong dan Prabowo Subianto mengadakan komunikasi peringkat tertinggi bagi menangani cabaran dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemimpin Singapura dan Indonesia berkomunikasi pada peringkat tertinggi bagi menangani cabaran yang timbul dalam hubungan dua hala ke dua-dua
00:07negara.
00:08Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrishnan berkata Perdana Menteri Lawrence Wong dan Presiden Prabowo Subianto telah berhubung secara langsung bagi
00:17memastikan komitmen politik dapat diterjemahkan kepada tindakan yang konstruktif.
00:23Menurut beliau, komunikasi itu memberikan komitmen jelas kepada kedua-dua pihak untuk melakukan apa yang perlu bagi memperkukuh hubungan dua
00:29hala.
00:30Balakrishnan berkata lawatannya ke Jakarta turut melibatkan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia Arman Antanasih serta kunjungan hormat ke atas Prabowo.
00:38Beliau menjelaskan perbincangan yang diadakan berlangsung dalam suasana positif dengan beberapa langkah penyelesaian telah mula dilaksanakan.
00:45Tambahnya, penubuhan pasukan petugas bersama antara kedua-dua negara merupakan periktirafan bahawa masalah itu memerlukan tindak balas rentas sempadan.
00:53Katanya pasukan petugas tersebut akan menumpukan kepada pengkongsian maklumat, penyelarasan tindakan dan usaha memastikan pihak yang menyumbang kepada pencemaran dapat
01:01bertanggungjawab.
01:02over the past few weeks.

Recommended