Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Flavio Bolsonaro mendakwa dirinya pemimpin sah Brazil dan menuduh berlaku rampasan kuasa pilihan raya tanpa mengemukakan bukti. Pemerhati antarabangsa bagaimanapun menyifatkan proses pengundian berlangsung secara adil.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan Flavio Bolsonaro mendakwa dirinya adalah Presiden Brazil yang sah dipilih oleh rakyat.
00:05Sambil menuduh Presiden berhaluan kiri, Luis Inacio Lula da Silva dan Mahkamah Agung negara itu melakukan rampasan kuasa pilihan rakyat.
00:13Dalam surat terbuka yang dikongsi kepada media oleh sekutunya, Flavio mendakwa kemenangannya dinafikan menerusi tindakan yang disifatkannya sebagai rampasan kuasa
00:24oleh pihak lawan.
00:25Bagaimanapun beberapa minit selepas menerbitkan surat berkenaan di media sosial, beliau memadamkannya sebelum mengeluarkan dokumen baru yang merujuk dirinya sebagai
00:33pemimpin Brazil, bukan Presiden terpilih Brazil.
00:38Surat pertama itu turut memaparkan jatah negara yang tidak tepat dan menggunakan ejaan Brazil sebelum dokumen kedua yang diterbitkan dengan
00:46lambang rasmi yang betul.
00:47Dalam kenyataannya, Flavio mendakwa beliau mendapat sokongan kira-kira 60 juta pengundi dan menuduh pihak yang didakwanya mencuri kemenangan pilihan
00:56rakyat sebagai sebahagian daripada organisasi jenayah yang mewujudkan pemerintahan kuku besi.
01:07Terima kasih.

Recommended