Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Perdagangan Malaysia dengan negara-negara BRICS mencecah RM846.5 bilion pada 2025, dengan China, India dan Indonesia kekal sebagai rakan dagang utama negara dalam blok ekonomi tersebut

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdagangan Malaysia dengan negara-negara anggota BRICS terus mencatat pertumbuhan memberang sangkan apabila mencecah 846.5 bilion ringgit pada tahun
00:092025.
00:10Timbalan Menteri Luar Negeri Dato' Luka Nisman Awang Sauni berkata jumlah itu meningkat 3.4% berbanding tahun sebelumnya dan
00:18mewakili hampir 28% daripada keseluruhan perdagangan global Malaysia.
00:23Dari pada jumlah tersebut nilai ekspor meningkat sebanyak 17.4% kepada 181.4 bilion berbanding 154.57 bilion pada
00:35tahun sebelumnya.
00:36Sementara itu nilai import turut meningkat sebanyak 21.7% kepada 299.62 bilion berbanding 246.15 bilion bagi tempoh
00:48yang sama pada tahun 2025.
00:49Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kian di PN Beluran mengenai matlamat penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS serta manfaat
00:58yang diperoleh menerusi kerangka berkenaan.
01:01Luka Nisman berkata China, Indonesia dan India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dalam BRICS dengan sumbangan sekitar 90%
01:09daripada jumlah perdagangan keseluruhan.
01:12Beliau menjelaskan Malaysia memberi keutamaan kepada sektor strategik termasuk elektrik dan elektronik, semikonduktor, minyak sawit, teknologi hijau serta keselamatan saiber.
01:24Selain memperluaskan pasaran ekspor, BRICS turut dilihat sebagai platform penting untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi serta pemindahan teknologi dalam bidang
01:33semikonduktor, kecerdasan buatan dan infrastruktur digital.
01:36Menurut beliau, kerjasama dalam BRICS juga membuka ruang kepada penggunaan matawang tempatan serta sistem pembayaran rentas sempadan yang lebih cekap.

Recommended