Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sekurang-kurangnya 68 maut dan 80 cedera selepas dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung di Sepanyol. Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan kesilapan operasi selepas isyarat merah diabaikan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa Sepanyol sedang menyiasat kemungkinan kesilapan operasi sehingga mengakibatkan kemalangan membabitkan dua kereta api berkelajuan tinggi.
00:08Menteri Pengangkutan Sepanyol Oscar Puenti berkata kemalangan itu berlaku selepas sebuah kereta api Renfi dibenarkan meneruskan perjalanan walaupun isyarat merah
00:17masih aktif.
00:21Menurut beliau, sebuah kereta api lain ketika itu sedang berhenti di hadapan menyebabkan perlanggaran tidak dapat dielakkan.
00:28Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata seluruh Sepanyol sedang berkabung susulan tragedi berkenaan.
00:34Beliau turut mengarahkan siasatan penuh dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan.
00:40Selain 68 mangsa yang maut, kira-kira 80 orang lagi cedera dengan 15 daripadanya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
00:49Penumpang yang terselamat dipindahkan melalui jalan berhampiran, sebahagiannya mengalami kecereraan dan berlumuran darah.
00:56Tragedi itu sekali lagi mencetuskan persoalan.
00:58Mengenai aspek keselamatan sistem real negara itu menjelang pilihan raya yang akan berlangsung pada bulan depan.

Recommended