Skip to playerSkip to main content
Kerjasama serantau dan penguatkuasaan undang-undang lebih berkesan diperlukan bagi menangani kebakaran hutan serta jerebu rentas sempadan yang berulang di Asia Tenggara. #KamiMangsaJerebu

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, kebakaran hutan yang berulang di Indonesia dan mencetuskan jerebu rentas sempadan
00:05memerlukan tindakan lebih tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab, termasuk syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian itu.
00:12Jurukempen Wahana Lingkungan Hidup Indonesia, Wahia Ika Setiawan berkata,
00:17kajian organisasi itu mengenalpasti beberapa syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan kebakaran hutan
00:22berdasarkan imej satelit, laporan kerajaan dan penilaian lapangan.
00:27Bagaimanapun, penemuan itu masih memerlukan penelitian lanjut.
00:32Regulasi sudah banyak yang ada tapi yang kami tekankan di sini adalah
00:38politikal wilnya tidak ada di sini. Makanya terus berulang.
00:42Sementara itu, pencarahkanan fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Reza Zakaria berkata
00:49Malaysia perlu memperkukuh keupayaan perundangan bagi membolehkan pihak berkuasa
00:54menyiasat syarikat yang disyaki terlibat dalam pencemaran rentas sempadan,
00:58khususnya apabila operasi atau kepentingannya melangkaui bidang kuasa negara.
01:04Transboundary Haze Act sendiri di Malaysia kepada pihak berkuasa tempatan seperti
01:11JAS, Jabatan Alam Sekitar untuk menyiasat, mendakwa dan juga mengendalikan
01:18apa-apakan masalah berkenaan dengan Transboundary Haze.
01:23Terutama sekali syarikat-syarikat yang memiliki kuasa ataupun kawasan yang ada
01:30di luar bidang kuasa Malaysia.
01:35Subungan itu kerjasama antara negara ASEAN termasuk perkongsian maklumat mengenai
01:40pemilikan syarikat dan kepentingan peniagaan rentas negara penting bagi
01:45mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab serta membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
01:50Terima kasih telah menonton!

Recommended