00:00Tentera Yaman memaklumkan pasukan udaranya melancarkan enam serangan udara ke atas kedudukan Houthi di wilayah Taiz, Barat Daya, negara itu.
00:09Menurut Komando Paksi Ketenteraan Taiz, tiga serangan dilancarkan di daerah Al-Misrah dan Samia di selatan Taiz.
00:17Dalam kenyataan berasingan, tiga lagi serangan dilaporkan menyasarkan kedudukan Houthi di Gunung Al-Armah dalam daerah Jabal Habashi, Barat Taiz.
00:25Bagaimanapun pihak tentera tidak memperincikan sasaran yang diserang atau jumlah korban dan kerosakan yang mungkin berlaku akibat operasi tersebut.
00:34Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Houthi berhubung dawaan serangan berkenaan.
00:40Ketegangan ketenteraan di Yaman kembali memuncak sejak Julai lalu dengan pertempuran antara pasukan kerajaan dan kumpulan Houthi berlanjutan di beberapa
00:49wilayah termasuk Taiz dan Lajj.
00:51Konflik di Yaman bermula selepas kumpulan Houthi menguasai ibu negara Sana'a serta beberapa wilayah lain pada September 2014.
00:59Pada Mac 2015, Pakatan Ketenteraan Arab yang diketuai Arab Saudi campur tangan bagi menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa.
01:07Terima kasih telah menonton!