Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Iran menegaskan komitmen terhadap diplomasi dan terus berbincang dengan pihak pengantara bagi melaksanakan cadangan pelan tujuh hari untuk menamatkan konflik di Asia Barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran menegaskan usaha diplomasi masih menjadi keutamaan dalam mencari penyelesaian kepada konflik yang berlarutan di Asia Barat.
00:08Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata Teheran terus berhubung rapat dengan pihak pengatara bagi membincangkan pelaksanaan cadangan Iran untuk menamatkan
00:15perang di rantau berkenaan.
00:19Menurut Abbas, pelan tujuh hari yang dicadangkan negaranya berpotensi diselesaikan dalam tempoh lebih singkat sekiranya semua syarat yang diperlukan dipenuhi.
00:28Sementara itu, Presiden Iran Masud Pezish Khan berkata negaranya sedang berusaha menamatkan situasi yang disifatkan sebagai keadaan bukan perang dan
00:37bukan damai.
00:38Sebelum ini, Iran mencadangkan pembukaan semula sila hormus, salah satu laluan penghantaran tenaga terpenting dunia, sebagai sebahagian daripada pelan untuk
00:46meredakan ketegangan.
00:48Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilapor menolak cadangan tersebut.
00:52Penolakan itu mendorong Qatar meneruskan peranan sebagai pengantara dalam usaha mencari penyelesaian diplomatik yang dapat diterima semua pihak.
01:01Perkembangan itu berlaku ketika komuniti antarabangsa terus berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap konflik yang menjejaskan kestabilan dan keselamatan di Asia
01:09Barat.
01:11Terima kasih telah menonton!

Recommended