Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Lula da Silva mengekalkan jawatan presiden Brazil dengan 51.8 peratus undi, menewaskan Flávio Bolsonaro dalam pilihan raya sengit yang menjadi tumpuan dunia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Brazil, Luis Inesio Lula da Silva, berjaya mempertahankan jawatannya selepas memenangi pusingan kedua pilihan raya Presiden negara itu semalam.
00:09Beliau meraih penggal keempat sebagai Ketua Negara Ekonomi Terbesar Amerika Latin itu.
00:17Keputusan rasmi menunjukkan Lula memperoleh 51.8% undi berbanding 48.2% yang diraih pencabarnya,
00:25senator berhaluan kanan Flavio Borsanaro dalam saingan yang disifatkan antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah modern Brazil.
00:34Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Lula dalam arena politik Brazil selepas beliau berjaya mengatasi cabaran sengit daripada blok konservatif yang mendapat
00:42sokongan meluas kalangan pengundi.
00:45Pilihan raya kali ini turut menyaksikan proses pengiraan undi yang mengambil masa lebih lama sesudah keputusan Mahkamah Agong Brazil melanjutkan
00:52tempoh pengundian selama dua jam.
00:55Lula yang pernah memimpin Brazil dari 2003 hingga 2010 kembali mendapat mandat rakyat ketika negara itu berdepan pelbagai cabaran termasuk
01:03pemulihan ekonomi,
01:05peningkatan kos sari hidup dan keperluan memperkukuh kedudukan Brazil di pentas antarabangsa.
01:10Sepanjang kempen, kedua-dua calon menumpukan perhatian kepada isu ekonomi, keselamatan awam, kebajikan sosial dan hubungan luar negara yang menjadi
01:19antara faktor utama mempengaruhi pengundi.
01:21Kemenangan Lula dijangka memberi kesinambungan kepada dasar kerajaan sedia ada serta mengukuhkan pengaruh politik berhaluan kiri di rantau Amerika Latin.
01:31Beliau kini berdepan tugas besar untuk menyatukan semula negara yang masih berpecah akibat persaingan politik yang berlarutan sejak beberapa tahun
01:39kebelakangan ini.
01:39Keputusan pilihan raya itu terut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa memandangkan peranan penting Brazil dalam ekonomi global
01:47serta pengaruhnya dalam isu perubahan iklim, perdagangan dan kerjasama serantau.

Recommended