Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Angkatan Tentera Malaysia, menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), melaksanakan pengawasan dan rondaan berterusan bagi menjamin keselamatan laluan perkapalan strategik itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia terus memperkukuh kesiap siagaan maritim
00:03menerusi perkongsian maklumat dan juga kerjasama serantau
00:06untuk memastikan selat Melaka kekal selamat, stabil dan terbuka
00:10kepada perdagangan antarabangsa.
00:12Timbalan Menteri Pertahanan Adli Zahari berkata
00:14Angkatan Tentera Malaysia menerusi tentera laut di Raja Malaysia
00:18dan tentera udara di Raja Malaysia
00:19melaksanakan rondaan berterusan
00:21untuk menjamin keselamatan laluan perkapalan strategik itu.
00:27Malaysia terus memperkukuh Melaka Street Patrol
00:31bersama-sama Indonesia, Singapura dan Thailand
00:34melalui Melaka Street Sea Patrol, Eyes in the Sky
00:39serta Intelligence Exchange Group
00:41bagi meningkatkan keberkesanan rondaan,
00:44perkongsian maklumat dan kesedaran domain maritim.
00:47Pendekatan Kementerian adalah untuk memastikan kesiap siagaan
00:50sentiasa berada pada tahap yang sewajarnya
00:53selaras dengan perkembangan keselamatan semasa
00:56dan usaha melalui pengawasan, perkongsian maklumat,
00:59kerjasama serantau dan diplomasi akan terus diperkukuh
01:02secara berterusan bagi memastikan
01:05selat Melaka kekal selamat, stabil dan terbuka.
01:08Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohamad
01:12BN Simpang Renggam mengenai kesiapsagaan Malaysia
01:15menghadapi kemungkinan selat Melaka
01:17menjadi titik panas geopolitik
01:19dan mengalami gangguan maritim seperti di Selat Hormuz.
01:24Tambah adili, Malaysia menggunakan
01:26Platform Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Malaysia
01:29atau ADMM
01:30untuk berkongsi maklumat dan pandangan
01:33berkaitan keselamatan serantau.
01:36Katanya lagi, perkembangan politik di Asia Barat
01:39yang mengganggu laluan perkapalan di Selat Hormuz
01:41turut dipantau kerana konflik di rantau itu
01:44boleh memberi kesan kepada keselamatan dan pertahanan
01:47selain sektor tenaga.

Recommended