Skip to playerSkip to main content
Kerjasama dengan KWSP, PERKESO, LHDN dan JPN diperkukuh bagi mengesan lokasi serta status terkini penghutang nafkah, sekali gus membantu mempercepatkan penyelesaian kes tuntutan dan tunggakan nafkah di Mahkamah Syariah. Malah, kerajaan turut menyasarkan 75 peratus kes tuntutan nafkah disasar selesai setiap tahun. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya akan jawab nanti bantunya.
00:03Tuan Yang Dipertua berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Jasin,
00:08Kerajaan Madani melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
00:10sentiasa memberikan perhatian yang sangat serius terhadap isu kelewatan perbicaraan
00:16di Mahkamah Syariah khususnya melibatkan kes tuntutan dan tunggakan nafkah.
00:21Bagi menangani masalah ini, bahagian sokongan keluarga JKSM
00:25telah menguatkuasakan pelbagai mekanisme yang tegas seperti mana yang berikut.
00:30Yang Pertama, penetapan indeks prestasi utama KPI, penyelesaian kes yang ketat
00:35di mana sekurang-kurangnya 75% daripada kes tunggakan nafkah wajib diselesaikan setiap tahun.
00:42Yang Kedua, kerjasama strategik berasaskan pangkalan data bersama agensi
00:47seperti KWSP, Perkeso, LHDN dan JPN bagi mengesan lokasi terkini
00:54status pekerjaan serta maklumat majikan baharu
00:57bagi penghutang penghakiman yang sengaja melarikan diri atau menyembunyikan maklumat.
01:03Kerjasama turut diperkukuh dengan Jabatan Imigresen Malaysia
01:06khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan waran tangkap
01:10serta keperluan pengesanan pihak yang berada di luar negara.
01:14Ketiga, pemantauan berkala dan tindakan pantas dalam tempoh enam bulan
01:18selepas suatu perintah nafkah dikeluarkan
01:21sekiranya berlaku kemungkiran atau tunggakan pembayaran
01:25BSK akan bertindak pantas membantu pihak teraniaya
01:29memfailkan segera kes penguatkuasaan perintah.
01:32Yang keempat, pendidikan kesedaran dan pencegahan pengabayan nafkah
01:37supaya masyarakat memahami bahawa tanggungjawab nafkah ini
01:42iaitu hak isteri dan hak anak
01:44serta implikasi kegagalan mematuhi perintah mahkamah.
01:48Antara pendekatan yang dilaksanakan ialah
01:50menerusi program Ops Nafkah
01:53Waris Peduli Keluarga Sejahtera
01:56yang menggabungkan elemen penguatkuasaan
01:59dengan advokasi dan pendidikan masyarakat.
02:02Untuk maklumat ahli yang berhormat
02:04dalam program ini, masyarakat didedahkan
02:07berkenaan peranan ahli waris
02:09memenuhi kewajipan nafkah
02:11sekiranya bapak atau suami
02:14mengabaikan tanggungjawab mereka.
02:17Kelima, pencegahan awal dan pelindungan hak
02:20dalam institusi keluarga
02:22selaras dengan prinsip
02:23yang bermaksud menutup jalan
02:27yang membawa kepada kemudaratan
02:29JKSM turut mencadangkan mekanisme
02:32semakan rekod pengabayan nafkah
02:34bakal pasangan melalui bahagian sokongan keluarga
02:38manakala bagi yang berhasrat
02:40untuk berpoligami pula
02:41permohonan perlu dibuat kepada
02:43Makam Syariah.
02:44Kelulusan akan diberikan
02:45bergantung kepada beberapa syarat
02:47antaranya kemampuan kewangan
02:49dan tanggungjawab nafkah pemohon
02:51yang akan dinilai bagi memastikan
02:53hak serta kebajikan isteri
02:55dan anak-anak sedia ada
02:58serta bakal isteri
02:59terus dipelihara.
03:01Melalui pendekatan-pendekatan
03:02yang telah saya sebutkan tadi
03:04kerajaan akan terus komited
03:06dalam memastikan
03:07kes-kes tunggakan nafkah
03:08dapat diselesaikan
03:09dalam tempoh yang lebih singkat
03:12dan berkesan insyaAllah.
03:13Sekian terima kasih.

Recommended