Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kesemua kru kapal korek pasir MV VIVO ARYA yang tenggelam di perairan Perak berjaya diselamatkan dalam operasi CARILAMAT
Transcript
00:00Kesemua 19 kru kapal Korek Pasir MV Vivo Aria berjaya diselamatkan selepas kapal itu dilaporkan tenggelam kira-kira 25 Batu
00:09Nautika Barat Laut, Pulau Pasir Hitam, Perak pada Ahad.
00:13Pengarah Maritim Malaysia Negeri Perak, Kapten Maritim Zainuddin Mohd Zuki berkata operasi mencari dan menyelamat atau cari lamat diaktifkan pada
00:20jam 6.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.
00:25Menurutnya, 9 kru berjaya diselamatkan oleh kapal Korek Pasir MV Yode-1 manakala 9 lagi kru yang berada di dalam
00:34raket penyelamat diselamatkan oleh MV Vivo Dia.
00:38Kesemua 18 kru tersebut kemudiannya dibawa ke JT Batu Maung untuk tindakan selanjutnya.
00:43Dalam pada itu, seorang lagi kru yang dilaporkan sebelum ini hilang iaitu Tang Jifu, 57 tahun warga China, berjaya ditemukan
00:51dalam keadaan selamat oleh bot perkasa 1238 ketika operasi cari lamat dijalankan.
00:58Mangsa dibawa ke JT Ibu Pejabat Maritim Zun Kuala Kurau sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
01:05Operasi cari lamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.30 petang.
01:13Terima kasih telah menonton!

Recommended