00:00Arab Saudi menyambung semula sebagian operasi di lapangan terbang antarabangsa Raja Khalid Riyad
00:05selepas digantung hampir dua minggu, susulan serangan oleh kumpulan Houthi.
00:10Menurut laporan media tempatan Terminal 1, kembali beroperasi untuk penerbangan domestik
00:15manakala Terminal 2 dibuka semula bagi penerbangan antarabangsa yang dikendalikan, Syarikat Penerbangan Arab Saudi.
00:23Penyambungan semula operasi itu dilaksanakan selepas penyalarasan rapi antara pihak berkuasa penerbangan awam
00:30dan agensi keselamatan serta teknikal.
00:33Langkah itu bertujuan memastikan semua keperluan keselamatan dan kesiapsiagaan lapangan terbang
00:38dipatuhi sebelum penerbangan dibenarkan buat operasi semula.
00:42Bagaimanapun, pembukaan semula itu hanya melibatkan dua terminal berkenaan
00:46dan tiada pengumuman dibuat berhubung operasi pada kapasiti penuh.
00:50Pihak pengurusan lapangan terbang turut menasihatkan penumpang agar menyimak status penerbangan masing-masing
00:56dengan syarikat penerbangan sebelum menuju ke lapangan terbang.
01:00Operasi penerbangan dihentikan selepas serangan pada 10 Oktober lalu
01:04yang dilaporkan mengorbankan 13 nyawa dan mencederakan lebih 300 orang.
01:09Sementara itu, Jawa cakap tentuai huti Yahya Sari'i mengulangi amaran agar syarikat penerbangan,
01:15kaki tangan dan penumpang tidak menggunakan lapangan terbang berkenaan.
01:19Beliau mendakwa lapangan terbang itu masih menjadi sasaran operasi kumpulan tersebut
01:24dan menyatakan pihak berkuasa Arab Saudi perlu bertanggungjawab terhadap sebarang risiko
01:28yang timbul akibat pembukaan semula itu.